MEN @ HEALTH
TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam
menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut
mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat
pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan
pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana
penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu
perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan
agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan
menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang
untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut
profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut
otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda
secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat
muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah
media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar
mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh
menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan
ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap
lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita
secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri
sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua
perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri.
Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses
kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang
menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri
akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan
tubuh berasa kelelahan.
source : miosh.net